Next event in:

  • 00 DAYS
  • 00 HR
  • 00 MIN
  • 00 SEC

News

Postmenopausal Osteoporosis (Versi Malay)

Categories: Clinical Updates

Postmenopausal Osteoporosis (Versi Malay)
Rahana Abd Rahman, Ani Amelia Zainuddin, Ng Beng Kwang
(Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia)

 

Bidang perubatan telah pun mencapai pelbagai perkembangan dan kemajuan yang menggalakkan di dalam 20 tahun kebelakangan ini. Hasilnya dapat dilihat dengan jelas di mana kadar kematian di kalangan warga tua baik lelaki atau pun wanita semakin berkurangan.  Golongan wanita di Malaysia secara puratanya mencapai tahap menopaus pada usia 50.7 tahun. Menopaus merupakan antara faktor utama yang menyebabkan tingginya risiko berlakunya osteoporosis dan tulang patah di golongan ini. Osteoporosis berlaku apabila tulang jadi rapuh, oleh itu ia mudah patah. Di Malaysia, kadar purata berlakunya tulang patah di bahagian pinggul adalah paling tinggi di golongan wanita cina disebabkan oleh osteoporosis jika berbanding dengan kaum etnik yang lain. Kepatahan tulang pinggul Ini adalah antara punca kematian yang utama untuk golongan yang berumur   ini dan sekaligus meningkatkan  beban ekonomi negara   terutama di rantau Asia termasuk negara Malaysia.

 

Apakah itu osteoporosis?

Tulang di badan kita sentiasa melalui proses kemusnahan dan pembentukan sepanjang hidup manusia. Osteoporosis terhasil apabila kadar kemusnahan melebihi kadar pembentukannya. Ini akan menyebabkan kepadatan tulang berkurangan dan tulang menjadi rapuh serta mudah patah.

 

Apakah faktor-faktor risiko untuk mendapat osteoporosis?

Tidak boleh diubah Boleh diubah
Peningkatan umur

Kaum oriental dan caucasian

Wanita

Menopaus pramatang

Tubuh yang kurus

Sejarah keluarga

Pengambilan kalsium yang rendah

Cara hidup yang tidak aktif

Merokok

Pengambilan alkohol berlebihan

Pengambilan kafein berlebihan

 

Bagaimana diagnosa osteoporosis dibuat?

Pengukuran ketumpatan tulang dilakukan di tulang pinggul dan tulang belakang menggunakan ujian DEXA. Keputusannya ditunjukkan oleh skor T. Skor ini membandingkan ketumpatan wanita berkenaan dengan wanita yang belum menopaus. Skor -1 bermakna ketumpatan tulang adalah normal, skor T antara -1 dan -2.5 bermakna ketumpatan berkurangan dan -2.5 atau kurang bermakna osteoporosis.

 

Apakah implikasi osteoporosis?

Osteoporosis adalah faktor risiko kepatahan tulang yang boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Di dalam kumpulan wanita yang menopaus,kepatahan  tulang pinggul menyebabkan wanita tersebut perlu menjalani pembedahan dan kemasukan wad untuk tempoh yang lama. Ini akan mengganggu emosi dan juga menyebabkan wanita itu perlu bergantung kepada orang  lain untuk keperluan hariannya dan tidak boleh berdikari.

 

 Apakah cara-cara untuk mengelakkan osteoporosis?

Nutrisi Kalsium

Wanita 19-50 tahun: 1000mg sehari

Wanita 51-65 tahun: 1300mg sehari

Vitamin D

Pendedahan kepada cahaya matahari >15 min sehari

Vitamin D tambahan 800 IU sehari

Lain-lain

Kekalkan BMI tidak lebih dari 19kg/m2

Kekalkan pengambilan protin dan makanan yang memberi tenaga yang cukup

Cara hidup sihat Melakukan aktiviti fizikal secara tetap seperti  berjalan kaki, berlari, tai chi dan menari.

Berhenti merokok

Pengambilan kafein tidak berlebihan

Farmakologi Terapi hormon

Biphosphonates

Selective estrogen receptor modulators

Mengelakkan dari jatuh Memastikan kesihatan yang baik dan persekitaran yang selamat

 

Apakah cara untuk memastikan zat kalsium yang cukup dalam badan?

Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat kalsium seperti:

  • Makanan tenusu seperti keju, susu kultur dan susu
  • Kacang soya dan tauhu
  • Sayur hijau seperti brokoli dan bayam
  • Ikan sardin dan salmon bersama tulangnya

Elak pengambilan makanan yang menyebabkan kehilangan zat kalsium seperti:

  • Protin haiwan yang berlebihan
  • Pengambilan garam, alkohol dan kafein yang berlebihan

Apakah rawatan untuk osteoporosis?

Terapi hormon Terapi hormon estrogen memberi manfaat yang maksima jika dimulakan semasa menopaus pada peringkat awal dan terus diambil selama 10 tahun.

 

Tambahan terapi hormon progestogen adalah penting untuk wanita yang masih mempunyai rahim.

Selective estrogen receptor modulators Meningkatkan dan melindungi kepadatan tulang belakang dan pinggul.
Biphosphonates Mengelakkan pengurangan kepadatan tulang
Calcitonin Rawatan anti pengurangan kepadatan tulang
Kalsium Perlu digabungkan dengan rawatan yang lain
Vitamin D Vitamin tambahan dengan dos 800IU sehari bersama kalsium

  

Kesimpulan

Pertambahan bilangan wanita melebihi umur 50 menyebabkan keperluan yang penting untuk pendidikan meluas mengenai kesihatan tulang. Adalah penting untuk mencegah osteoporosis dengan cara hidup yang sihat dan pemakanan  yang seimbang. Rawatan untuk mereka yang mempunyai osteoporosis ada di dalam pasaran tetapi memerlukan konsultasi dengan pakar perubatan. Kita harus memberi kesedaran kepada wanita untuk mengetahui status tulang mereka supaya rawatan yang berpatutan boleh diberikan.

 

Rujukan

  1. Bujang M, Abdul Hamid A, Zolkepali N, Hamedon N, Mat Lazim S, Haniff J. Mortality rates by specific age group and gender in Malaysia- Trend of 16 years, 1995 – 2010. Journal of Health informatics in Developing countries. 2012;6:521-9.
  2. Ismael N. A study on the menopause in Malaysia. Journal of Climacteric & Postmenopause. 1994;19:205-9.
  3. Lee J, Khir A. The incidence of hip fracture in Malaysians above 50 years of age: variation in different ethnic groups. Interntional Journal of Rheumatic Diseases. 2007;10(4):300-5.
  4. Mohd-Tahir NA, Li SC. Economic burden of osteoporosis-related hip fracture in Asia: a systematic review. Osteoporosis International. 2017;28(7):2035-44.
  5. WHO technical report series 843. Assessment of fracture risk and its application to screening for postmenopausal osteoporosis, Geneva. World Health Organisation, 1994.
  6. Joint FAO/ WHO Expert Consultation Panel. Preliminary report on recommended nutrient intakes, 1998.
  7. Tilyard M, Spears G, Thomson J, Dovey S. Teatment of postmenopausal osteoporosis with calcitriol or calcium. New England Journal of Medicine 1992;326(6):357-62.
  8. Ettinger B, Genant H, Cann C. Long term estrogen replacement therapy prevents bone loss and fractures. Annals of Internal Medicine. 1985;102(3):319-24.